Halaman

Isnin, 28 Disember 2015

Jalan-jalan Melaka Bersama Che Da (Taman Mini Malaysia, Kota Afamosa, Malacca River Cruise)


28 Nov 2015 ... kami ke Melaka ... jalan-jalan dengan Che Da sefamily ... kak Aisyah teringin nak ke Kota Afamosa ... nak tengok tempat bersejarah katanya ...

kami gerak dari klang pukul 9.00 pagi ... berhenti breakfast di rnr seremban


sampai di melaka dalam pukul 12 tengahari ... tempat pertama yang kami singgah ... 
Taman Mini Malaysia

Taman Mini Malaysia terletak di Ayer KerohMelaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean. Letaknya tidak jauh daripada plazal tol Ayer Keroh.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.

harga tiket untuk masuk ke Taman Mini Malaysia ... ibu saya pernah masuk sini masa dia kecik dulu ... dulu2 dalam rumah tu ada patung berpakaian traditional ... sekarang dah tak der...rumah hanya ada hiasan barangan dulu-dulu kala jer...

si hensem adik adam 

ruang di dalam rumah

bahagian dapur



ada 13 jenis rumah mengikut negeri... semua kami masuk kecuali rumah negeri Sabah & Serawak... time tu tengah renovate...







pekene cendol dulu....




kukur kelapa...demo by pok yus

 abang marwan belajar main gasing leper
  


gasing bersaiz sederhana berharga RM15

tq pakcik atas tunjuk ajar yang diberi

.
.
.
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
  
kebetulan  ada festival kesenian masa kami ke sini.... so dapatlah kami melihat persembahan kesenian


jom menari dengan saya


tak sempat nak jalan banyak tempat ... sehari di melaka ... sempat singgah 3 tempat sahaja ... last sekali kami ke Melaka River Cruise

Harga tiket untuk naik Melaka River Cruise
Dewasa RM 10
Kanak-kanak RM5

dapat goodies bag...dalam tu ada air kotak & biskut

beratur untuk naik bot

lama gak menunggu...satu trip dalam 40 minit....

gambar diambil oleh atia....
 
ok jom jelajah sungai melaka

Che Da sefamily

saya sefamily




eh...adik ni...tido plak...

pukul 10.15 malam....selesai jelajah sungai Melaka...sekian jalan-jalan di Melaka...mujur masa kami ke bandar hilir jalan tak berapa jem giler...parking pun ok....biasanya...jalan jem teramat & parking tak dapat




Tiada ulasan: