Halaman

Rabu, 24 September 2014

Jom laksanakan ibadah korban di Kemboja


Raya haji tinggal beberapa hari jer lagi....bagi yang masih tercari-cari lembu untuk membuat korban....saya cadangkan apakata anda melaksakannya ibadah korban anda di kemboja ... caranya senang sahaja...anda tidak perlu ke kemboja....semua urusan tempahan & bayaran boleh dilakukan di  eQurban ... pihak eQurban akan membantu memudahkan anda melaksanakan ibadah korban ini. Bagi setiap tempahan yang dibuat, pihak eQurban akan meyediakan sijil pengesahan. 

Kenapa korban di Kemboja bukan di Malaysia?

Jawapannya mudah sahaja...

Sebab umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita. Biasa berlaku di Malaysia selepas musim haji, peti sejuk penuh dengan daging korban sehingga disimpan berbulan-bulan.Tapi di kemboja nak dapat sebahagian daging korban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.

Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut berkenaan mengapa perlu korban di kemboja sila saksikan video di SINI.

Korban merupakan salah satu ibadah sunat muakkad. Ibadah yang sangat dituntut oleh Islam kepada semua umatnya setiap tahun mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Lagi susah untuk kita mengeluarkan dana bagi menyempurnakan ibadah korban lagi tinggi martabatnya kerana itulah sebenarnya erti pengorbanan sebagaimana susahnya Nabi Ibrahim a.s nak mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail a.s. Ibadah korban bukan hanya untuk orang yang kaya raya sahaja dan kita mencari berbagai alasan untuk tidak melaksanakan.

“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).

Koreklah koceh dan akaun bank biar tinggal kosong dengan satu niat berkorban kerana ALLAH pasti anda akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Ibadah korban boleh dilaksanakan dimana sahaja yang mudah.

Berikut saya sertakan sedikit gambar perlaksanaan ibadah korban di kemboja tahun lepas....untuk melihat gambar-gambar perlaksanakan korban di Kemboja dengan lebih lanjut, sila ke FB eQurban di SINI





Jadi apa tunggu lagi? Untuk membuat tempahan sila klik di SINI. Tarikh akhir membuat tempahan adalah pada 30/09/2014. Jom korban di kemboja....




Pahala korban ni memang besar . Nabi s.a.w berpesan melalui hadisnya, “Tidak ada amalan yang dilakukan anak Adam pada Aidiladha yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (Hadis riwayat at Tirmidzi dan Ibnu Majah). Demikian fadilat ibadah korban daripada perspektif ganjaran pahala. 


1 ulasan:

Nafira usof berkata...

besar ganjaran pada mereka yang selalu melakukan ibadah korban nih kan.